Text
Wahabi dan Imperialisme: Mengungkap Asal-Usul Istilah "Wahabi"
Istilah “Wahabi” telah begitu sering kita dengar. Definisi yang muncul dari penggunaan istilah ini menunjukkan wahabi adalah suatu kelompok yang dinisbatkan kepada seorang tokoh bernama Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H).
Kelompok ini dianggap merisaukan bagi sebahagian pihak dari kalangan umat Islam, dan bahkan kebanyakan dari kalangan kuffar. Wahabi dianggap pememecah belah umat, talibarut kerajaan Arab Saudi, agen Amerika, kelompok penghancur budaya Arab, dan lain-lain yang pelbagai lagi anggapan serta tuduhan negatif.
Namun, ada sebahagian yang lain seakan mendukung dan membela dakwah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab ini. Begitu banyak tersebar karya-karya bertulis yang menjelaskan bagaimanakah fahaman beliau dalam aqidah mahupun fiqh. Mereka berusaha membela tokoh ini dari pelbagai tuduhan dan kecaman golongan pertama.
Jadi, apa yang hendak kita ketahui adalah dari mana sebenarnya asal-usul istilah “Wahabi” ini? Mengapa terdapat pro dan kontra terhadap dakwah tokoh bernama Syaikh Muhammad bin Abdil Wahhab atau golongan yang diberi nama Wahhabi ini? Apakah hubungan wahabi dengan imperialisme?
B04179 | B-Pendidikan & Kemanusiaan WA DR | Tersedia |
Tidak tersedia versi lain